anak mama bucuk

as requested by nurul..ni laa anak bujang aku..



















selamat kembali bertugas

sepatutnya aku tulis entry ni minggu lepas..tapi biasa laa bila mula naik keje ni, mesti serabut sebab nak kejar balik 2 bulan yang ditinggalkan..adham pun dah gembira kat umah baby sitter.seminggu sebelum naik keje, aku diperkenalkan dengan baby sitter tu..mmg rezeki aku laa..dia just jaga anak aku sorang je..katanya nak buat teman..anak2 dah besar..so far, sgt memuaskan hati..anak aku pun bila balik umah ceria semacam..ramai yang melayan kat umah tu..skang ni habit dia bangun kul 4-5 pagi ajak aku sembang..gelak beria2..kalau tak dilayan, nangis laa dia..bijak betul anak mama ni..tapi aku rasa nak kena educate dia ttg masa ni..sebelum ni mmg dia suka berjaga malam..kdg2 tahan mata dari kul 12 tghmalam sampai subuh..kalah aku zaman stadi dulu..

bila first time masuk keje, ayat yang paling best aku dgr "ehh! dah kurus"..kembang kempis hidung aku. pada aku takde la kurus mana..mungkin penat jaga anak laa kononnya sebab anak aku suka berjaga malam..lagipun mak aku cuma cuti seminggu je..selebihnya, b amik cuti jaga aku..lepas b naik keje, aku uruskan adham sendiri..masak lauk pauk pantang sendiri..tu yang pantang nampak..alhamdulillah, semua dah berlalu..banyak benda aku belajar sepanjang aku kena berdikari sendiri..next time, sng aku nak uruskan diri..

26 jan, aku dpt sorang anak buah, alya zayani..boleh geng dengan abg adham skang ni..bila tgk alya, baru aku perasan anak aku dah bujang..semangat betul..masa lahir dulu 2.75..skang ni dah 5.3 kg..alhamdulillah setakat ni sihat sahaja..mama sll doa adham sihat, panjang umur, jadi anak yg soleh..meriah keluarga aku skang ni..atuk & wan dah dpt sepasang cucu..berkat kesabaran menunggu selama 4 tahun, Allah bagi sekali dua org cucu..adham plak org kata saling tak tumpah muka abah..makin berbunga riang laa dia..lahir hari yg sama (selasa)..pastu haribulan sama (18hb)..mmg cucu atuk laa jawabnya..



Betul ke wanita ni memang kompleks

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambikâ€
30. Sampai depan kaunter “berapa?â€
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tg korang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Hak3. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokok tambah?