merangsang perkembangan minda ibu dan bayi

aku rasa terpanggil nak share dgn korang apa yg aku amalkan sepanjang tempoh kehamilan ni.tips dengan supplement yang aku amik ni di suggest oleh Dr Selvam, Pakar Obstetrik and Ginaekologi Hospital Putra Batu Pahat. aku start buat appointment dengan dia 25/1. after a month 25/2 baru result keluar. Both of us sihat excep.t my husband need some supplement (ubat herba). then doktor kata, tunggu 3 bulan, if pregnant then OK..of not dtg lagi untuk buat further treatment..dah mmg rezeki kitaorg, a month after that, aku positif pregnant. then bermula laa siri treatment dgn doktor kat situ..mmg close check..mana taknya every 2 weeks g spital scan baby and tgk perkembangan dia..yang sygnya aku tak mintak gambar scan tu..kalau tak, sure aku dah ada sepuluh keping gaknya..supplement yang dia suggestkan produk USANA- http://products.usana.com/en/products/my/essentials/what_essentials.shtml, Pristin (minyak ikan) and Prossium (milk calcium - sesuai untuk aku yang malas minum susu ni)..kandungan vitamin yang diperlukan mmg complete.. aku sgt2 suggestkan korang amik supplement ni..sebelum aku pregnant pun aku mmg makan dah supplement ni.minyak ikan ni mmg sgt sesuai untuk perkembangan otak baby.kalau nak amik produk lain, pun terpulang laa..tapi make sure minyak ikan tu ada "molecular distill"..minyak ikan tu lebih bersih..dia jugak baik bagi ibu yang masih menyusukan anak..sebab antara khasiat dia, dia boleh banyakkan susu badan and secara tak langsung transfer benefitnya pada anak yang disusukan. for more info ttg minyak ikan ni, boleh layari di (http://www.thcmy.com/index.php?option=content&task=view&id=31).

Pengambilan minyak ikan Omega 3. Ia adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat. Minyak ini juga komponen terpenting dalam pembentukan sistem saraf dan retina. Kekurangan satu atau kedua-duanya dikaitkan dengan kelahiran bayi pra matang atau bayi lahir dengan berat badan bawah paras normal. Minyak ikan juga penting untuk ibu. Pada peringkat ketiga kehamilan, ibu akan memindahkan kebanyakan simpanan DHA kepada janin, yang diperlukan untuk pembentukan sistem saraf dan otak bayi. Justeru keperluan kepada Omega 3 sangat penting kerana bayi hanya boleh mendapatkan khasiat ini melalui ibu. Kesihatan ibu boleh terancam jika tidak mendapatkan bekalan secukupnya. Kekurangan EPA dan DHA boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah tekanan darah tinggi (yang akan dihadapi pada waktu kehamilan saja). Ketika hamil juga ibu akan kehilangan tiga peratus jisim otaknya disebabkan kekurangan EPA dan DHA. Sesetengah saintis percaya keadaan ini membawa kepada masalah tekanan perasaan selepas bersalin seperti gila meroyan.

Pemakanan

a) Peringkat tiga bulan pertama kandungan - keutamaan hanya pada pengambilan asid folik sama ada menerusi sayur-sayuran atau dalam bentuk tablet. Pemakanan ibu pada peringkat ini untuk memastikan perkembangan organ janin yang sempurna. Pada peringkat ini pemakanan tambahan yang lain belum diperlukan.

b) Peringkat kedua dan ketiga kehamilan - pengambilan asid folik ditambah dengan pengambilan zat besi, B kompleks, dan omega 3.

(petikan dr : http://mypermatahati.com/blog/info-pendidikan/omega-3-rangsang-perkembangan-
minda-bayi.html)

IELTS FEVER !!

skang ni aku kat KL..nak g register exam IELTS bulan september nati..bersempena dgn bulan ramadhan, aku harapkan keberkatan Ramadhan akan melancarkan proses peperiksaan yang akan aku ambil..mahal betul fee dia skang ni..dulu2 aku dgr cuma RM300 je..ke aku yg salah dengar..hahaha...skang ni dah melonjak ke RM530..harap2 je skali terus lepas..takyah nak takut dengan neves sampai 3-4 kali..penat tu nak neves banyak2 kali..kalau niat kita baik, InsyaAllah Allah akan tolong kan..kan..kan..aku kalau bleh nak settelkan semuanya tahun ni..InsyaAllah tahun depan, komitmen aku pada keluarga akan semakin bertambah..ada tambahan org yg perlukan kasih sayang aku..kang aku yg kusut sendiri..org kata..manfaatkan masa lapang sebelum sempit..takper laa berkorban sket bln posa ni..hope anak mama paham..nanti kita boleh belajar speking, writing dengan reading sama2 ye sayang..skang ni aku tak kisah laa nak further stadi kat mana pun..kalau malas2 pikir, aku buat local je la..kalau boleh nak g cepat2..tak sanggup wei workload makin banyak..ramai geng2 berebut2 nak kuar..kalau aku tertinggal, tak ke semua keje diaorg nanti yang tinggal ni kena menanggung..kalau ada elaun keraian lebihan acceptable juga laa kan..apa boleh buat..zaman2 harga minyak naik ni, kita kena memikirkan pros and cons perbuatan kita..ye tak?? ok laa..aku menunggu b balik solat jumaat ni..pasni direct ke British Council..nak register..pastu g sopinggg..(mcm banyak no duit aku...huhuhh)..

first time nak cari british council, sampai sesat2 ke kedutaan AS..nasib laa pejabat dia tutup sebab ada public holiday..pastu aku g ke kedutaan British lak..padahal urusan education semuanya kat british council..bertentang dengan KLCC..takde laa susah sgt nak cari..aku pun dah lalu lalang situ ntah bape kali..sebelum ni takde urusan langsung, mmg laa x alert..anyway, urusan semuanya dah settle..doakan laa percubaan kali pertama ni berjaya..pas habis urusan, g jenjalan kat Time square, terserempak lak dengan pameran Flora Fest 2008..posing sket kat situ..ni gambar latest aku laa ni..buat sahabat2 yang merindui, tatap lah wajah hamba yang terkini..huhuu..