patutkah aku marah ??

Ntah kenapa tetiba semalam aku nak g jengah anak aku kat umah baby sitter..so, lepas lunch aku pun trus je ke rumah baby sitter tanpa bagitau dia mcm biasa..tetiba on the way, aku berselisih dgn baby sitter tu tapi dia menghala ke arah yang bertentangan..nak jadi cerita, dia tak perasan aku nak dtg sebab aku naik keta lain hari ni..masa tu aku tak pikir pape lagi..bila tgk umah dia berkunci rapat, hati aku jadi tak sedap..mana pulak dia letak anak aku sebab aku tak nampak pun anak aku dlm bakul motorsikal dia..kalau ye pun, mana laa anak aku pandai nak dok dlm bakul tu..

Tetiba jiran sebelah tegur bila aku bagi salam.

Jiran sebelah : ada org ke kat umah? Dia baru je keluar tadi amik anak dia balik sekolah..

Ok ! apa makna dia ada org ke kat umah??abis anak aku tu bukan org ke? Anak aku dok dgn sapa pulak kat dlm umah tu..berderau darah aku..terus aku selak cermin umah dia..aku nampak anak aku tgh tidur dlm buai dengan fa*iz (anak kwn aku)..masa tu aku tak tau nak pikir apa..nak marah ke nak gelak ke..nak bengang ke..aku tunggu je kat luar sampai baby sitter tu sampai lebih kurang 5 minit kemudian..gaya dia mmg cuak gile la..aku plak control mcm xde pape..

Baby sitter : ada apa dtg?

Aik..takkan takleh dtg..niat aku bukan nak spot cek dia..aku mmg niat nak susukan adham..mana tau lak dia terkantoi..agaknya selama ni mmg adham kena tinggal.. aku tak penah biarkan adham sendiri tanpa pengawasan sesiapa..nak gerak ke toilet pun gilir2..apatah lagi main tinggalkan begitu je.. agaknya disebabkan itu gak laa adham tu dah naik buai..senang dia nak gerak2..adham skang ni plak dah meniarap..so agak susah nak ditinggalkan begitu saja..jahat lak pemikiran aku..aku cuba berlagak cool dah positif..

Masuk je umah, adham mcm br bangun..terkulat2 tgk aku..anak aku ni mmg jenis tak nangis..agaknya dah ditinggalkan gelap2 gitu, dia diam je laa..pulak tu dlm buai..bukan dia boleh nak gerak2..skrang ni boleh laa..nati dia dah lasak macam mana??aku buat2 tak tau je dgn apa yg baby sitter tu dah buat..tapi dia mmg cover gile kesalahan dia depan aku..org kata, maaf tu dendam yang terindah..aku ni mmg tak suka nak bising2..apatah lagi dgn org yang lebih tua..tapi dlm hati aku ni, Allah je yg tahu..

Balik ke opis, tetiba aku rasa sedih dgn bengang sebab dia buat anak aku camtu..mmg laa time tu tak jadi pape..tapi hati ibu mana yg tak risau tgk anak dia ditinggalkan mcm tu aje..ke aku yang emo sgt..skang ni aku mmg dilema betul..nak ditegur, org dah berumur..anak dah 5..yg nyatanya lebih senior dan berpengalaman dari aku yg anak sorang ni..tapi itu je laa anak aku yg aku hajatkan 4 tahun dulu..tak boleh ke dia jgn tinggalkan anak aku..sampai skang aku masih pikirkan apa cara terbaik nak cakap dgn baby sitter adham..kdg2 rasa cam takmo g keje je besok..nak jaga adham kat umah..

Balik umah bile tgk adham, aku sedih sgt..rupanya selama ni dia kena tinggal sorang2..dah laa umah berkunci..kalau jadi pape, camna org nak selamatkan dia..ya Allah, lindungilah anakku dr segala bala bencana..AMINNN..aku sanggup lari ke umah dia semata2 nak tolong tunggu adham sementara dia kuar..apa saja utk anak aku..tapi tolong laa jgn tinggalkan dia sorang2..betul laa org kata, org jaga anak kita takkan sama mcm dia jaga anak dia..tapi bab2 lain, baby sitter tu mmg ok sgt..Cuma part ni je buat aku pikir lapan belas juta kali..dan pikir 20 juta cara camna nak tegur dia dgn cara berhemah..emm..alahaiii..kusut aku memikirkannya..

'baby' baru ku

selepas 4 bulan kelahiran adham..aku dpt 'baby' baru..lama betul mengidam..baru sekarang dapat ku'lahir'kan..kini kuperkenalkan kepada semua..jeng..jeng..jeng

jangan mare...haha

Sebab Apa Anda Memilih Pasangan Anda

aku dpt mel dr seorang sahabat yang mengandungi soalan menarik utk difikir dan direnungkan.Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? jeng..jeng..jeng..

Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis :
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan
rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Manusia mmg susah nak puas dgn apa yang dia ada..tapi bila kita renung nasib org lain disekeliling kita, baru kita sedar, takde org yang 100% sempurna..oleh itu, bersyukur dgn apa yg kita ada..hargai, sayangi dan terimalah dia seadanya..itu akan membuatkan hidup kita lebih bahagia..

Assignment Dari Pn Nazliana

WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED? :
mcm tak plan..sebab selalu mengharap

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Damia Zahra

WHAT WERE YOUR REACTIONS?
mengigil dan nak nangis..sebab dah 4 tahun menunggu saat yg paling menakjubkan ni..

HOW OLD WERE YOU?
29

HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
baru lewat 3-4 hari kepala dah pening2..pastu salah makan je muntah..sgt obvious ekk

WHO DID YOU TELL FIRST?
of course b..

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
of course sebab sll argue samada boy ke girl dgn husband...first scan..doktor kata " 100% boy "..b pun senyum meleret

DUE DATE?
Aku ada 2 duedate, 26.11.2008 (due klinik kesihatan) & 5.12.2008 (due hospital putra)

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
sampai 5 bulan, apa saja yg masuk akan dikeluarkan semula..sgt alergik menggosok gigi..makan nasi pun kena pilih lauk..awal2 pregnancy byk makan buah2an je..

WHAT DID YOU CRAVE?
tak tau laa ngidam ke tak..g makan nasi kandar..tapi pastu apa yg masuk, semua dikeluarkan semula..mungkin nasi kandar tak ori dr penang kot..pastu nak makan yang pedas2 je..tak pedas, jangan harap nak sentuh..

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
takde..sentiasa bersangka baik..takut kenan..nasihat org tua2 jgn pandang ringan..

WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX?
of course...sebab suka tgk baju budak gugurl..comelsss

HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
+-8 kg ..sikit sgt..org tak perasan aku pregnant...diaorg kata aku gemukkssss je..

DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
takde laa..tu omputih je buat..

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
alhamdullillah....takde..cuma darah naik ada tinggi..biasa laa pembawakan..

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Putra Specialist Hospital Batu Pahat..

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
45 minit..ekspress kan...

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
myself..mcm serah diri jek..actually hari tu just dtg utk regular check up..tapi dr pg perut dah rasa tak enak..

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
3 doctor (doktor pakar bius, doktor pakar belah and kwn doktor belah) + 1 midwife + 3 nurse

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C-Section

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
emm..dah c-section, mmg laa kena bius..epidural kot..kat tulang belakang tu..dlm masa 5 minit tak rasa apa pun..mcm takde kaki..pastu rasa mcm ada org kesat2 kat perut..rupanya tgh belah..then senak semacam sebab dia bukak perut tu..amacam..ngeri tak??

HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
2.75kg

WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
18 November 2008..tak ikut due date langsung..

WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Adham Syahmi Bin Hasanuddin