aku dpt mel dr seorang sahabat yang mengandungi soalan menarik utk difikir dan direnungkan.Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? jeng..jeng..jeng..
Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis :
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan
rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Manusia mmg susah nak puas dgn apa yang dia ada..tapi bila kita renung nasib org lain disekeliling kita, baru kita sedar, takde org yang 100% sempurna..oleh itu, bersyukur dgn apa yg kita ada..hargai, sayangi dan terimalah dia seadanya..itu akan membuatkan hidup kita lebih bahagia..
5 comments:
March 24, 2009 at 11:14 PM
hahahah...apsal ko remove msg ko kat blog aku.
tp aku dah baca pun....'air kepala'
aku x amalkan yg itu yer..aku cuma minum AIR KELAPA.
sebut betul2......
March 25, 2009 at 12:21 AM
camna ko bleh tau kalau aku dah remove?sebab salah 'air kepala' tu laa aku remove tu..ko tu mmg laju je 'kepala' ko menghala memikirkan yang bukan2..huhu
March 26, 2009 at 12:04 AM
Aku pilih air mndidih di atas dapur sebab kalo cerek yang ada bunyi, bunyi dia bingit sangat dan takut air kering then dapur meletup. Habislah x dapat nak selamatkan baby aku. Pas tu aku tutup air sebab tak suka tengok air membazir, pas tu aku pujuk baby sambil bawak baby untuk angkat telefon. Kalo telefon dah berhenti berdering nanti org tu akan call balik kan? Last sekali baru lah aku buka pintu. Takut sikit nak buka pintu takut org jahat datang. Amacam? Ok tak pilihan aku?..hehehe.
March 26, 2009 at 1:44 AM
kalau ditilik2 diri ko..mmg aku dah agak ko akan pilih air mendidih dulu..memula aku nak pilih air mendidih gak..tapi sejak ada adham, aku selamatkan baby dulu baru g tutup air mendidih..last sekali bukak pintu sebab org tu buleh tunggu lagi kan..hahaha..lomantik lak aku rasa diri aku ni..
March 29, 2009 at 6:27 PM
hehhe...aku pilih gi tutup air mendidih sampai berlari pantas ke bilik air menutup pili air,sebab sebelah je bilik air umah aku..pastu ke depan mengambil burhan yang sedang menangis..nak menyusu la tu...n sambil mengambil tudung kepala untuk melihat orang dihadapan..
Post a Comment