merangsang perkembangan minda ibu dan bayi

aku rasa terpanggil nak share dgn korang apa yg aku amalkan sepanjang tempoh kehamilan ni.tips dengan supplement yang aku amik ni di suggest oleh Dr Selvam, Pakar Obstetrik and Ginaekologi Hospital Putra Batu Pahat. aku start buat appointment dengan dia 25/1. after a month 25/2 baru result keluar. Both of us sihat excep.t my husband need some supplement (ubat herba). then doktor kata, tunggu 3 bulan, if pregnant then OK..of not dtg lagi untuk buat further treatment..dah mmg rezeki kitaorg, a month after that, aku positif pregnant. then bermula laa siri treatment dgn doktor kat situ..mmg close check..mana taknya every 2 weeks g spital scan baby and tgk perkembangan dia..yang sygnya aku tak mintak gambar scan tu..kalau tak, sure aku dah ada sepuluh keping gaknya..supplement yang dia suggestkan produk USANA- http://products.usana.com/en/products/my/essentials/what_essentials.shtml, Pristin (minyak ikan) and Prossium (milk calcium - sesuai untuk aku yang malas minum susu ni)..kandungan vitamin yang diperlukan mmg complete.. aku sgt2 suggestkan korang amik supplement ni..sebelum aku pregnant pun aku mmg makan dah supplement ni.minyak ikan ni mmg sgt sesuai untuk perkembangan otak baby.kalau nak amik produk lain, pun terpulang laa..tapi make sure minyak ikan tu ada "molecular distill"..minyak ikan tu lebih bersih..dia jugak baik bagi ibu yang masih menyusukan anak..sebab antara khasiat dia, dia boleh banyakkan susu badan and secara tak langsung transfer benefitnya pada anak yang disusukan. for more info ttg minyak ikan ni, boleh layari di (http://www.thcmy.com/index.php?option=content&task=view&id=31).

Pengambilan minyak ikan Omega 3. Ia adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat. Minyak ini juga komponen terpenting dalam pembentukan sistem saraf dan retina. Kekurangan satu atau kedua-duanya dikaitkan dengan kelahiran bayi pra matang atau bayi lahir dengan berat badan bawah paras normal. Minyak ikan juga penting untuk ibu. Pada peringkat ketiga kehamilan, ibu akan memindahkan kebanyakan simpanan DHA kepada janin, yang diperlukan untuk pembentukan sistem saraf dan otak bayi. Justeru keperluan kepada Omega 3 sangat penting kerana bayi hanya boleh mendapatkan khasiat ini melalui ibu. Kesihatan ibu boleh terancam jika tidak mendapatkan bekalan secukupnya. Kekurangan EPA dan DHA boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah tekanan darah tinggi (yang akan dihadapi pada waktu kehamilan saja). Ketika hamil juga ibu akan kehilangan tiga peratus jisim otaknya disebabkan kekurangan EPA dan DHA. Sesetengah saintis percaya keadaan ini membawa kepada masalah tekanan perasaan selepas bersalin seperti gila meroyan.

Pemakanan

a) Peringkat tiga bulan pertama kandungan - keutamaan hanya pada pengambilan asid folik sama ada menerusi sayur-sayuran atau dalam bentuk tablet. Pemakanan ibu pada peringkat ini untuk memastikan perkembangan organ janin yang sempurna. Pada peringkat ini pemakanan tambahan yang lain belum diperlukan.

b) Peringkat kedua dan ketiga kehamilan - pengambilan asid folik ditambah dengan pengambilan zat besi, B kompleks, dan omega 3.

(petikan dr : http://mypermatahati.com/blog/info-pendidikan/omega-3-rangsang-perkembangan-
minda-bayi.html)

1 comments:

  Hilmi & Faeizah

August 4, 2008 at 4:24 PM

bile nak update ni is?ehehe