Ya Allah .. Kau Permudahkanlah segala urusan ku

lama benar aku tak update blog ni..bizi dgn kelas sem 3..biasa la aku ni insan terpilih..hehe..alhamdulillah, sekarang ni persedian aku dah sampai ke final stage..persediaan apakah itu?? jeng..jeng..jeng..persediaan utk sambung belajar..almost a year aku settlekan requirement yang diperlukan..daripada adham masih dlm kandungan (4 bulan), aku dah start buat research method..kalau org tanya camna aku dpt idea nak buat apa, susah aku nak explain..bukan aku kedekut ilmu, tapi ntah la..wahyu Ilahi kot..proposal aku siap malam sebelum presentation akhir research method..Alhamdulillah, approved with minor modification..

3 bulan pastu aku memberanikan diri utk amik I*ELTS..masa tu bulan puasa..adham dah 7 bln dlm kandungan..rezeki anak, aku lulus memenuhi syarat yang ditetapkan..Alhamdulillah...

Sebulan kemudian, aku try send proposal aku pada seorang "bakal supervisor"..niat hati just nak dptkan review dr dia samada possible atau tidak proposal aku dijadikan tajuk p*hd..dengan sekelip mata je dia balas, "It looks good"..pastu apa lagi, aku main2 ayat meminang dia dan dia setuju..Alhamdulillah...

5 bulan lepas adham lahir, aku g BTN..ramai org2 hebat yang aku jumpa..muda2 dah semangat nak buat p*hd..mmg salute dgn semangat diaorg..yg jadikan aku lebih bangga, kebanyakannya org kita..Alhamdullillah..

bulan lepas, permohonan curi belajar aku dah diluluskan dan insyaAllah aku dpt biasiswa penuh dr KP*T..alhamdulillah..

So, sekarang ni baru aku berani nak announce kepada kengkawan sekalian, InsyaAllah, kalau tiada aral aku akan berangkat ke victoria, australia pada pertengahan oktober ni..gara2 nak raya kat sini dulu dan nak memeriahkan majlis perkahwinan adik aku, aku mohon extend sampai hujung sem..permohonan aku nak extend pun dah diluluskan..sahabat2 sekalian, doakan kejayaan aku dan sahabat2 kita yg lain..Moga Allah memberi rahmat dan memudahkan urusan kita semua..Aminnn...

Bila ditilik dan ditimbang, aku mmg sgt bertuah..moga Allah akan sentiasa membuka hati aku mudah menerima ilmu dan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur..InsyaAllah..

5 comments:

  Wannoraini Abdul Latif

July 1, 2009 at 8:39 PM

Tahniah Is. Ko memang bertuah dan aku yakin ko berusaha ke arah kejayaan. Tiada kejayaan yang tiba tanpa usaha jika ada pun memang rezeki yang tersurat buat kita.

Tapi aku percaya, hanya kejayaan yang akan kita perolehi jika kita berusaha yang terbaik.

Insya-Allah aku akan mengikut jejak ko sedikit masa lagi. Aku perlu confirm kat sini dan buat sedikit research untuk PHD proposal. Aku doakan ko berjaya yer.

Berserah kepadaNya dan mohonlah padaNya. Insya-Allah kalau sudah tersurat takdir ko menjadi seorang insan yang bergelar Dr, ko akan dapat jua. Aku juga bangga ko dan bangsa kita semakin berusaha belajat ke peringkat PHD! tahniah sekali lagi my friend!

With all my love,
-Mak Nan-

  nUruL

July 3, 2009 at 7:06 PM

congrate & good luck!
all the best to u....
bila nak berangkat?
nak aku anta sampai airport ke heheheh?

  ::epiloptimis::

July 5, 2009 at 7:10 AM

nanie..thanks..semakin bersemangat lak rasanya..
mak kurul..insyaallah pertengahan bulan okt..tapi rasanya naik kat se*nai..kalau rajin, meh laa turun sini..boleh hang balik gomeh..

  Mrs Azliza

July 6, 2009 at 11:55 PM

Is tahniah..n semoga berjaya

  linda abu bakar

August 20, 2009 at 6:55 PM

Salam Is,

Syukur pd Allah n tahniah aku ucapkn pd kawan seperjuangan, secoursemate, segrupmate aku semasa di UUM dulu.. Aku doakan ko beroleh kejayaan dlm ape jua bidang dan semoga Allah sentiasa memberkati.
Insyaallah segala niat yg baik pasti mendapat keredhaan-Nya.