emm..aku pun tergerak nak buat entry raya..tahun ni banyak benda berlaku di Bulan Syawal ni..minggu pertama, sibuk dengan kenduri kendara..bukan laa adik2 aku yang kawin..tapi akak sedara aku..sampai gak jodoh dia di umur 33 tahun..moga berbahagia ke akhir hayat..tahun ni puas gak aku ikut mak abah g beraya..mcm lepas gian je..
Di Bulan syawal ni juga aku baru kehilangan atuk (sebelah abah), satu2nya org tua yang masih tinggal..3 tahun atuk boleh dikategorikan 'hilang ingatan' lepas terlibat dalam kemalangan..masa mula2 arwah accident, aku baru pregnant yang first..disebabkan terkejut dengan berita dan kelam kabut nak ziarah arwah masa tu, aku keguguran..skang ni, bila bakal cicit terkini dia nak lihat dunia, dia menyahut seruan Ilahi..sejak makcik aku buat kenduri lagi, arwah atuk dah mula mogok taknak makan..sehingga ke akhir hayatnya, dia tak sentuh makanan langsung..tak dpt aku nak bayangkan keadaan dia..2-3 hari sebelum arwah meninggal, aku dgn abah kerap jengah dia..bila tgk keadaan dia, aku redha jika dia pergi..tak sanggup nak tengok keadaan dia macam tu..dalam setahun ni, kesihatan dia merosot teruk..dari seorang yang sihat, dia dah jadi nyanyuk..akhirnya, dia dengan tenang pergi meninggalkan kami warisnya, pada jam 4.45pm hari rabu (22/10/2008)..masa tu aku tgh meeting..bila nampak panggilan masuk dr abah, hati aku dah berdebar..mulanya aku redha dan boleh tahan sedih..bila saat aku bagi kucupan terakhir, airmata aku mmg tak dpt nak bendung lagi..banyak arwah buat utk aku masa hidupnya..terutama dr segi kewangan..belanja sekolah sampai laa ke universiti..sempat aku bagi belanja terakhir utk arwah..aku ckp dengan mak long, 'buat belanja atuk'..tak sangka lak belanja utk uruskan pengebumiannya..moga atuk tenang di sana..insyaAllah kami akan buat yang terbaik dan bekalkan doa agar atuk bahagia dan tenang di sana..Al-Fatihah..Amin
lepas urusan kebumi, petang tu aku dgn b bergegas ke KL untuk majlis konvokesyen b kat UTM KL jalan semarak..lepas setahun lebih berhempas pulas stadi, akhirnya b berjaya juga konvo..memula aku ingat dia amik course biasa2 je..tak sangka lak dia mmg betul2 nak belajar..maybe he is trying to show something to me and abah..b..i'm really proud of you..banyak yang dia dah buat untuk aku..kalau aku tak hargai, tak tau laa..hehehe..pasni kalau dia amik option nak stop service pun, aku dah tak risau..insyaAllah dengan Dip Exec Occupational Safety & Health yang dia ada, aku yakin dia boleh survive..aku akan tetap bagi sokongan kat dia..insyaAllah..moga2 allah permudahkan segala urusan kita..
itulah citer aku raya2 ni..ada suka..ada duka..sapalah kita untuk ramal apa yg akan berlaku masa depan..apa yang boleh kita lakukan, panjatkan doa agar sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah..