perasaan aku bercampur baur..memula penat..sebab meniaga bunga..tido tak cukup..malam tido lambat, pagi2 dah bangun sebab runner nak angkat bunga ke tapak..tapi seronok walaupun penat..dapat gak aku kumpul duit sket untuk beli brg baby...maklumlah sekarang ni bukan main banyak sale..almaklumlah, nak raya..bonus pun dpt laa sebulan..jadilah tu dr tak dpt langsung cam tahun lepas..semput gak nak bajet especially bile nak balik kg..berbalik kepada bisnes, semuanya lancar..cuma kali ni kualiti bunga kurang, persaingan makin banyak..apa2 pun, semua tu risiko meniaga..yang penting, seronok..
sedih..2 hari sebelum puasa, b kata tetiba ada misi penting yang akan memakan masa sebulan..aku takleh nak revealed kat sini misi dia..maklumlah, rahsia kerajaan..tapi bila aku dpt je berita tu, aku speechless..terus letak phone dan nangis..kwn2 aku pun saspen..dah laa dgn keadaan aku mcm ni, tetiba lak dia kena bertugas jauh..dlm negara takpe..takpun, ada coverage tepon ke, boleh laa aku tau kabar dia..masa tu dah mcm2 berlegar dlm kepala aku..walaupun dia kata hanya sebulan, tapi hati aku yakin, dia akan g lebih lama dr itu..aku mcm dah hilang tempat bergantung..berat betul dugaan Allah..dah laa nak puasa..sampai petang aku yakinkan diri, dia takkan pegi..kul 6 ptg, dia cakap, mmg takde pilihan dan org yang boleh ganti tempat dia..makin lebat laa aku nangis..call abah pun, dah takleh nak cakap apa..balik umah, aku solat asar, doa pada Allah moga dia sentiasa dilindungi..aku redha jika itu yang yang terbaik..mungkin aku insan yang terpilih utk pikul dugaan Allah ni..pukul 7, b msg ada possiblity dia tak g sebab ada org slow talkkan utk kecualikan dia..masa tu, aku lega sgt..terus buat sujud syukur sebab Allah makbulkan doa aku juga akhirnya...mlm tu b balik BP naik motor..sampai je, aku peluk dia mcm taknak lepas je..mcm baru sedar lak yang aku syg dia sgt2..hehehe
esoknnya aku g check-up mcm biasa..yang bestnya kali ni..nampak clear muka baby..tak perasan lak hidung ikut sapa..ikut hidung jawa ke hidung org kuala..heheh..tgh tgk screen, tetiba baby pun membuka mulutnya seluas2nya..tak tau laa menguap ke minum air..tergelak aku tgk gelagat dia..pandai anak mama..doktor kata baby sihat..aku pun okay..dah nak masuk 7 bulan, badan pun belum rasa berat sgt..berat badan pun cuma naik 6kg je..itupun sebab aku takut kalau naik banyak sgt, nati doktor tu bising..apa2 pun, doakan laa yang terbaik utk aku sekeluarga..di kesempatan ini, aku juga nak ucapkan selamat bersahur, selamat menjalani ibadah puasa..moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan Allah..Amin..