perasaan aku bercampur baur..memula penat..sebab meniaga bunga..tido tak cukup..malam tido lambat, pagi2 dah bangun sebab runner nak angkat bunga ke tapak..tapi seronok walaupun penat..dapat gak aku kumpul duit sket untuk beli brg baby...maklumlah sekarang ni bukan main banyak sale..almaklumlah, nak raya..bonus pun dpt laa sebulan..jadilah tu dr tak dpt langsung cam tahun lepas..semput gak nak bajet especially bile nak balik kg..berbalik kepada bisnes, semuanya lancar..cuma kali ni kualiti bunga kurang, persaingan makin banyak..apa2 pun, semua tu risiko meniaga..yang penting, seronok..
sedih..2 hari sebelum puasa, b kata tetiba ada misi penting yang akan memakan masa sebulan..aku takleh nak revealed kat sini misi dia..maklumlah, rahsia kerajaan..tapi bila aku dpt je berita tu, aku speechless..terus letak phone dan nangis..kwn2 aku pun saspen..dah laa dgn keadaan aku mcm ni, tetiba lak dia kena bertugas jauh..dlm negara takpe..takpun, ada coverage tepon ke, boleh laa aku tau kabar dia..masa tu dah mcm2 berlegar dlm kepala aku..walaupun dia kata hanya sebulan, tapi hati aku yakin, dia akan g lebih lama dr itu..aku mcm dah hilang tempat bergantung..berat betul dugaan Allah..dah laa nak puasa..sampai petang aku yakinkan diri, dia takkan pegi..kul 6 ptg, dia cakap, mmg takde pilihan dan org yang boleh ganti tempat dia..makin lebat laa aku nangis..call abah pun, dah takleh nak cakap apa..balik umah, aku solat asar, doa pada Allah moga dia sentiasa dilindungi..aku redha jika itu yang yang terbaik..mungkin aku insan yang terpilih utk pikul dugaan Allah ni..pukul 7, b msg ada possiblity dia tak g sebab ada org slow talkkan utk kecualikan dia..masa tu, aku lega sgt..terus buat sujud syukur sebab Allah makbulkan doa aku juga akhirnya...mlm tu b balik BP naik motor..sampai je, aku peluk dia mcm taknak lepas je..mcm baru sedar lak yang aku syg dia sgt2..hehehe
esoknnya aku g check-up mcm biasa..yang bestnya kali ni..nampak clear muka baby..tak perasan lak hidung ikut sapa..ikut hidung jawa ke hidung org kuala..heheh..tgh tgk screen, tetiba baby pun membuka mulutnya seluas2nya..tak tau laa menguap ke minum air..tergelak aku tgk gelagat dia..pandai anak mama..doktor kata baby sihat..aku pun okay..dah nak masuk 7 bulan, badan pun belum rasa berat sgt..berat badan pun cuma naik 6kg je..itupun sebab aku takut kalau naik banyak sgt, nati doktor tu bising..apa2 pun, doakan laa yang terbaik utk aku sekeluarga..di kesempatan ini, aku juga nak ucapkan selamat bersahur, selamat menjalani ibadah puasa..moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan Allah..Amin..
4 comments:
September 4, 2008 at 8:37 PM
ooo...sadis citer ko nih. mcm drama lak aku rasa. Aku phm tu perasaan ko, even aku ni ha, ms b'pantang ari tu, tiap kali hb aku nak blk je...sebak je dada. Tp x nangis la, laki aku tu suke gelakkan aku ni ha....
Dah bsr ekk baby ko, dah 7 bln pun. Tak lama dah le. Saip dah ke semua brg2 'org kat dlm' tu??
September 4, 2008 at 9:25 PM
tu laa..cam drama ekk..tapi mmg betul laa org kata..bila kita redha, Allah akan perkenankan apa yang kita hajati..terus aku buat sujud syukur..
eh..anak ko musti dah besar kan??dah masuk 2 bulan dah dia..suh dia tunggu kwn dia akan menyusul..brg baru beli sikit2..tunggu dpt bonus..ahakss..berat aku makin turun lak posa2 ni..takpe..kang raya aku nak cover balik
September 12, 2008 at 10:09 PM
Is, sedih aku mendengar kisah ko. Tabahkan hati ye. Memang Tuhan sentiasa menguji hambaNya samada redha dengan ketentuanNya. Tapi hati aku rasa b ko tak pergi misi tu kot. Entahlah, ni instinct aku. Insya-Allah, ko doa banyak2 yer semoga diperkenankan Allah, lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Langit sentiasa terbuka luas dan doa kita Insya-Allah akan dimakbulkan Allah Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Mendengar.
Jaga diri baik2, nanti Raya Haji aku balik BP aku tengok ko yer. Aku tak balik Raya Aidilfitri ni. Jumpa lagi.
September 16, 2008 at 6:15 AM
mmg hubby aku tak g..last minit, tetiba ada org ganti..kuasa Allah kan..bile kita redha dgn ketentuan-Nya, sure kita dpt ganjaran..insyaAllah..ko balik raya haji ke??insyaAllah time tu aku dah selamat deliver..paper hal, contact laa..doakan semuanya berjalan lancar ek..
Post a Comment