konvo dtg lagi !!!

aku rasa kengkawan aku yang keje seangkatan dgn aku pun sure sibuk dengan preparation konvo kan?? kat sini konvo start 22-25hb..aku sonok ni bukan sebab nak pakai jubah masuk tgk budak2 konvo..tapi sonok sebab nak menjalankan projek mega dgn geng2 aku kat sini..masuk tahun ni, dah 3x kitaorg buat bisnes bunga..korang jangan tak caya..aku yang keras tangan ni mampu menggubah bunga..kalau tak, takkan laa mak aku letak kepercayaan pada aku utk gubah bunga bilik pengantin adik aku..mcm bangga pun ada gak ni..first time aku meniaga ni, aku pakat dgn 5 org je..makcik aku kat cameron jadi org tghnnya..tahun pertama tu struggle gile sebab sumanya main bantai je..buat bisnes takde strategi langsung..kalau g perang, sure awal2 dah kena tembak..aku buat tu pun atas dasar nak challenge diri sendiri..janji ada geng yang sanggup gamble, aku on je..dpt laa untung sekali ganda dr modal yang dikeluarkan..jadi laa..sapa nak bagi beb..

tahun kedua, lebih teratur..siap ada meeting2..kalah meeting senat..ahli kongsi pun dah semakin ramai..dari 5 org meningkat ke 13 org..keje pun dah boleh distribute dan buat pengkhususan sapa jadi runner, tukang masak, buat bunga, jual bunga..tahun kedua ni, kitaorg dah hire student untuk tolong jual bunga..perusahaan dibuat kat umah sewa kwn aku..sonok weh kalau dah tgk bunga banyak2..kalau ada sesapa yg rasa nak memulakan perniagaan ni, just give me a call, aku boleh tolong dealkan proses mengorder bunga..kali kedua ni, mmg untung berlipat kali ganda..keje pun takde laa letih sgt sebab dah ramai org..sampai adik aku pun aku gajikan utk tolong buat bunga gak..yang paling best tu time menjual..sonok tgk kerenah org yang "lapar" bunga..kedai kitaorg ni kategori kedai bajet..jual takde laa mahal sgt mungkin sebab rasa gubahan kitaorg takleh nak mengalahkan gubahan florist2 tekemuka dunia kot..

skang ni dah start first phase proses membuat reben..tahun ni kitaorg nak pukul habis..nak cari rezeki lebih untuk anak2..heheh..mana taknya ada 5 org yang se'angkatan' dengan aku terlibat dlm projek bunga ni..dah sarat2 pun larat lagi tu..yang penting niat kita baik..ye tak??kepada yang ada rasa nak meniaga tu, aku mmg galakkan sgt2..tapi kena korbankan tenaga sket..baru rasa puas dan berbaloi dengan apa yang kita buat..pulangannya pasti lumayan..percaya laa cakap aku..korang takkan menyesal kalau mencuba..aku tau sure ada yang akan tanya balik "ada ke org nak beli bungan aku gubah"..jawapannya..RAMAI..cantik tak cantik, belakang kira..kita kena pikir target customer kita dr pelbagai background..bukan semua nak bunga yang kembang2 besar sampai org pun tak nampak..ada yang mahu sekadar ada sahaja..customer macam tu yang ramai..so, aku mmg galakkan korang2 mencuba sekali sekala..tgk hasilnya,pasti korang akan tersenyum puas..tapi kena cari geng yang bebetul komited laa..hehehe

2 comments:

  Unknown

March 30, 2017 at 7:03 AM

Masih buat lagi ke business jual bunga ni?

  Unknown

March 30, 2017 at 7:03 AM

Masih buat lagi ke business jual bunga ni?