KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan
saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran,
tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting
meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa
selama setengah jam berendam dalam air suam dapat
menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam
dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung
terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu
yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:Mandi air panas sekitar 32
hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat
membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah,
menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus
besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang
dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi
air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan.
Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan
tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah
sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti
ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan
menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke
dalam air mandian.Ia bertindak sebagai antiseptik.
Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda
penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam selama 10 hingga 20 minit..
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam
air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit
kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas
sehingga menenggelamkan pergelangan kaki
kemudian tambahkan beberapa titis minyak
seperti lavender, peppermint atau lemon.
Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin
sangat baik kepada anda. Yang mempunyai
masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.
Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin.
Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,
pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
0 comments:
Post a Comment