anak mama bucuk

as requested by nurul..ni laa anak bujang aku..



















selamat kembali bertugas

sepatutnya aku tulis entry ni minggu lepas..tapi biasa laa bila mula naik keje ni, mesti serabut sebab nak kejar balik 2 bulan yang ditinggalkan..adham pun dah gembira kat umah baby sitter.seminggu sebelum naik keje, aku diperkenalkan dengan baby sitter tu..mmg rezeki aku laa..dia just jaga anak aku sorang je..katanya nak buat teman..anak2 dah besar..so far, sgt memuaskan hati..anak aku pun bila balik umah ceria semacam..ramai yang melayan kat umah tu..skang ni habit dia bangun kul 4-5 pagi ajak aku sembang..gelak beria2..kalau tak dilayan, nangis laa dia..bijak betul anak mama ni..tapi aku rasa nak kena educate dia ttg masa ni..sebelum ni mmg dia suka berjaga malam..kdg2 tahan mata dari kul 12 tghmalam sampai subuh..kalah aku zaman stadi dulu..

bila first time masuk keje, ayat yang paling best aku dgr "ehh! dah kurus"..kembang kempis hidung aku. pada aku takde la kurus mana..mungkin penat jaga anak laa kononnya sebab anak aku suka berjaga malam..lagipun mak aku cuma cuti seminggu je..selebihnya, b amik cuti jaga aku..lepas b naik keje, aku uruskan adham sendiri..masak lauk pauk pantang sendiri..tu yang pantang nampak..alhamdulillah, semua dah berlalu..banyak benda aku belajar sepanjang aku kena berdikari sendiri..next time, sng aku nak uruskan diri..

26 jan, aku dpt sorang anak buah, alya zayani..boleh geng dengan abg adham skang ni..bila tgk alya, baru aku perasan anak aku dah bujang..semangat betul..masa lahir dulu 2.75..skang ni dah 5.3 kg..alhamdulillah setakat ni sihat sahaja..mama sll doa adham sihat, panjang umur, jadi anak yg soleh..meriah keluarga aku skang ni..atuk & wan dah dpt sepasang cucu..berkat kesabaran menunggu selama 4 tahun, Allah bagi sekali dua org cucu..adham plak org kata saling tak tumpah muka abah..makin berbunga riang laa dia..lahir hari yg sama (selasa)..pastu haribulan sama (18hb)..mmg cucu atuk laa jawabnya..



Betul ke wanita ni memang kompleks

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambikâ€
30. Sampai depan kaunter “berapa?â€
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tg korang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Hak3. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokok tambah?

permata hatiku..Adham Syahmi Bin Hasanuddin

adham first day of lifeadham second day of lifeadham second day of lifeadham fifth day of lifeadham fifteen day of lifeadham 21 day of life

akhirnya..aku kembali utk memperkenalkan anak teruna aku yang lalu 'highway' ni..setengah jam je perjalanan dia..ekspress kan..sebelum tu, aku nak citer kronologi kelahirannya..18/11, aku g keje mcm biasa..tapi dari pagi lagi aku rasa semacam je perut aku ni..aku ingat aku gabra sebab member aku baru je mms gambar baby girl dia kul 2 pg tadi..member aku tu due sama dengan aku..hehe..aku ingat aku cuma terbawak2 perasaan takut tu..tghhari tu aku sms ketua jabatan aku, mintak leave 3 jam sebab aku ade appointment dgn doktor hari ni..doktor kata nak scan sebab last week tak jelas kandungan air..

aku : doc, saya rasa tak sedap la hari ni..
doc: Ok, biar I cek pintu rahim you..
pas dah cek..pintu rahim aku belum bukak, tapi kepala baby dah rasa kat bawah..then, doc suruh aku ke tingkat 2 untuk cek half an hour contraction..hari tu mmg perut aku kejap sakit kejap ok..aku ingat false alarm je..so aku mls nak amik port..(boleh gitu??)..

first 10 minutes..

bidan : takde rasa contraction pun..awak dah kuar tanda ke?
aku: takde tanda pun..tap perut saya ni asyik mengeras je..pastu mcm memulas2..tapi mak saya mmg jenis takde tanda bila nak bersalin (panjang lak jawapan aku)..

20 minutes...satu contraction..then..selang 10 minit..satu lagi contraction..

bidan: contraction awak ni lain mcm la..mungkin kedudukan baby tak betul..kdg2 boleh juga sebabkan sakit mcm ni..takpe..awak rest dulu..

lps tu setiap 5 minit perut aku mengeras dan memulas semcm je..lepas diskus dgn doktor, bidan tu bawak keperluan untuk dwn pembedahan..kul 7 aku disorong masuk ke dwn bedah..aku dah laa sorang waktu tu..aku bingung gak..sempat call mak abah and b..masa tu b kat kuantan lagi..aku mmg redha je laa..surat nak g operation pun aku yg sign sendiri..condition diri aku tak berapa stabil sebab tekanan darah aku dah naik ke 150/100..doktor takut baby pun tension dan start minum air najis..

dalam dwn bedah, aku tak pulak rasa takut..doc just bius separuh je..tapi bila dia nak kuarkan baby, tetiba lak aku rasa sakit yg amat..habis aku paut meja bedah tu sebab tak tahan sakit..then, diaorg tambah lagi bius sampai aku rasa mabuk dan nak pengsan..aku dgn kudrat yang ada cuba lawan sebab aku takmo pengsan..aku takut, kalau aku pejam mata, aku tak bukak mata lak..then, pakar bius tu bagi oksigen semula utk sedarkan aku..rupanya, aku rasa sakit sebab masa tu doc guna forsep utk tarik baby..dah laa operate, forsep lagi..sebab baby dah engage..bila dgr suara dia nangis, aku rasa lega sgt..kul 8 aku kuar dr dewan bedah..

kuar dr dwn bedah, mak dgn abah je ada..b belum sampai lagi..disebabkan bius second tu, aku rasa letih yg amat..lebih kurang kul 10 baru aku jaga semula..b sampai jam 8 lebih.."terima kasih sayang, bagi aby baby"..tu laa kata2 pertama yang b ucapkan pada aku..pastu aku terus lena..

countdown...

12 more days to go..tapi maleh nak pk..sebab b outstation..minggu depan baru ada..tu pun kalau baby nak tunggu..kalau tak, kena laa aku harungi saat tu sorang2..harap2 dia sempat sampai untuk saksikan kelahiran si comel ni nanti..hehehe..tiap2 hari aku buat relaks je..aku rasa mmg aku spesis gini laa..spesis takde perasaan..bile dah menghadapi saat tu, baru la nak menggelabah..biasa laa..sebab tu org kata aku ni selamba je..padahal, Allah je yang tahu apa yang terbuku dalam hati aku ni..apa2 pun, my pren, please pray for me..doakan semuanya berjalan lancar, mudah dan selamat..akan ku khabarkan berita itu tidak lama lagi..daaaa...