a muslim..a daughter..a wife..a mama-to-be..a guider & a student-to-be..
Posted by ::epiloptimis:: Wednesday, July 1, 2009 at 12:16 AM
lama benar aku tak update blog ni..bizi dgn kelas sem 3..biasa la aku ni insan terpilih..hehe..alhamdulillah, sekarang ni persedian aku dah sampai ke final stage..persediaan apakah itu?? jeng..jeng..jeng..persediaan utk sambung belajar..almost a year aku settlekan requirement yang diperlukan..daripada adham masih dlm kandungan (4 bulan), aku dah start buat research method..kalau org tanya camna aku dpt idea nak buat apa, susah aku nak explain..bukan aku kedekut ilmu, tapi ntah la..wahyu Ilahi kot..proposal aku siap malam sebelum presentation akhir research method..Alhamdulillah, approved with minor modification..
3 bulan pastu aku memberanikan diri utk amik I*ELTS..masa tu bulan puasa..adham dah 7 bln dlm kandungan..rezeki anak, aku lulus memenuhi syarat yang ditetapkan..Alhamdulillah...
Sebulan kemudian, aku try send proposal aku pada seorang "bakal supervisor"..niat hati just nak dptkan review dr dia samada possible atau tidak proposal aku dijadikan tajuk p*hd..dengan sekelip mata je dia balas, "It looks good"..pastu apa lagi, aku main2 ayat meminang dia dan dia setuju..Alhamdulillah...
5 bulan lepas adham lahir, aku g BTN..ramai org2 hebat yang aku jumpa..muda2 dah semangat nak buat p*hd..mmg salute dgn semangat diaorg..yg jadikan aku lebih bangga, kebanyakannya org kita..Alhamdullillah..
bulan lepas, permohonan curi belajar aku dah diluluskan dan insyaAllah aku dpt biasiswa penuh dr KP*T..alhamdulillah..
So, sekarang ni baru aku berani nak announce kepada kengkawan sekalian, InsyaAllah, kalau tiada aral aku akan berangkat ke victoria, australia pada pertengahan oktober ni..gara2 nak raya kat sini dulu dan nak memeriahkan majlis perkahwinan adik aku, aku mohon extend sampai hujung sem..permohonan aku nak extend pun dah diluluskan..sahabat2 sekalian, doakan kejayaan aku dan sahabat2 kita yg lain..Moga Allah memberi rahmat dan memudahkan urusan kita semua..Aminnn...
Bila ditilik dan ditimbang, aku mmg sgt bertuah..moga Allah akan sentiasa membuka hati aku mudah menerima ilmu dan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur..InsyaAllah..
Posted by ::epiloptimis:: Thursday, May 28, 2009 at 8:15 PM
29 mei 2009..pejam celik...pejam celik..dah masuk 5 tahun usia perkahwinan aku..bukan mudah nak pertahankan gelombang tsunami yang melanda dlm rumahtangga..biasa laa tu..sedangkan lidah lagi tergigit..nak2 bila dgr banyak sangat kes orang bercerai hidup ni..muda2 dah jadi single parent..Ya Allah, moga Kau tanamkan kasih syg yang tak berpenghujung dalam hati2 kami..moga b jadi teman di dunia dah akhirat..amin..
teringat 29 mei 2004..tarikh keramat..tarikh yg menyatukan aku dgn b setelah hampir 5 tahun berkenalan..aku akui mmg jodoh kami sgt kuat..walaupun banyak dugaan yang melanda, kami hadapi dgn tenang..di tambah pula dgn kehadiran adham sekarang, menjadi pengikat kasih sayang kami..masing2 dah ada tanggungjawab untuk besarkan adham..moga jadi anak yang berguna..kepada b, terima kasih kerana menyayangi dan menerima diri ini seadanya..kasih sayang, tolak ansur dan kesabaranmu amat2 dihargai..moga kasih syg dan kesetiaanmu akan kekal hingga ke hujung nyawa..love u so much..thanks 4 being there..u complete me.. :)
Posted by ::epiloptimis:: Sunday, April 26, 2009 at 11:04 PM
gempak je bunyi title post aku tu..nak menunaikan hajat mak kurul time kemalasan aku melanda..
5 Names I go by :
a. Rahmi (masa sekolah rendah..tapi aku tak suka sgt sebab adik2 aku pun kwn2 dia panggil rahmi gek)
b. Is (panggilan kawan2 sekolah + UUM + opismate)
c. Isred (ada kwn2 sekolah panggil)
d. ajeis (geng UUM)
e. mama (panggilan anak..tapi anak aku belum pandai panggil pun)
5 Jobs I have had in my life
a. jual suratkabar ( lps spm)
b. guru sandaran (beberapa sek di melaka)
c. pensyarah (KYM melaka)
d. tutor (UTHM)
e. pensyarah (UTHM) (aku tak suka laa title ni..bunyi cam bagus sgt)
5 Places I have lived before :
a. Batu Pahat, Johor dulu kini dan selamanya
b. Jasin, Melaka
c. Kuala Nerang, Kedah
d. Sintok, Kedah
e. Shah Alam, S'ngor
5 TV Shows that I watch currently
a. Bola..bola..bola dan bola
b. tengok apa je citer yang b buka
c. kdg2, tukar gak ke chanel AF, tapi berebut channel sport dgn b..
d. discovery channel (sweat, oil and rigs, megastructure, lost tapes) - suma citer b yg bukak
e. xde citer yg aku pilih rupanya..buhsann.
5 places I have been
a. satu malaysia kecuali sabah sarawak
b. satu malaysia kecuali sabah sarawak
c. satu malaysia kecuali sabah sarawak
d. satu malaysia kecuali sabah sarawak
e. Singapore
5 People that e-mail/contact me regularly
a. Abah/mak
b. Husband
c. Kawan2
d. Student
e. adik beradik
5 of my favorite foods
a. Lomak cili api
b. Puding
c. Sambal mak aku
d. Nasi lemak mak aku
e. Gulai tempoyak
5 things I would like to do
a. nak g cuti-cuti malaysia
b. nak g balik tido
c. nak bawak adham jalan2
d. nak makan..lapo dah tengahhari
e. nak balik umah rehat2
5 Things I am looking forward to
a. G haji dgn b and adham
b. G sambung belajarh
c. ntah..tgh blur..tak pikir pape
5 friends I think will respond [buat la kalau rajin ye, tiada paksaan, fun2 only)
a. kak alin
b. sesapa yg suka nak buat..silakan
Posted by ::epiloptimis:: Thursday, April 16, 2009 at 1:50 AM
hai laa aku...kenapa laa aku ni malas sgt..aku ni tau aku banyak keje..tapi kenapa aku buat selamba je..mmg takleh nak ubat perangai malas aku ni..kalau ada ubat, dah lama aku beli gaknya..bukan aku tak tau semua keje tu penting..tapi ntah le..perasaan malas tu mmg bermaharajalela dlm diri aku ni..puas dah aku cuba, tapi gagal..akhirnya, keje yg ada kalau diukur dah lebih tinggi dr gunung everest agaknya..tolong laa aku..berubah laa menjadi org yg rajin..baiklah aku..aku akan cuba dan tetap mencuba..aku percaya, kalau aku dpt momentum yang dicari, aku takkan menoleh ke belakang lagi..keje semua akan siap dalam sekelip mata..itulah aku yang aku kenali..tapi nak mencari momentum tu teramat laa payah..dengan berkat doa semua, insyaAllah semuanya akan dpt diselesaikan..