countdown...

12 more days to go..tapi maleh nak pk..sebab b outstation..minggu depan baru ada..tu pun kalau baby nak tunggu..kalau tak, kena laa aku harungi saat tu sorang2..harap2 dia sempat sampai untuk saksikan kelahiran si comel ni nanti..hehehe..tiap2 hari aku buat relaks je..aku rasa mmg aku spesis gini laa..spesis takde perasaan..bile dah menghadapi saat tu, baru la nak menggelabah..biasa laa..sebab tu org kata aku ni selamba je..padahal, Allah je yang tahu apa yang terbuku dalam hati aku ni..apa2 pun, my pren, please pray for me..doakan semuanya berjalan lancar, mudah dan selamat..akan ku khabarkan berita itu tidak lama lagi..daaaa...

snake busterrr

3.20 am - tetiba kucing belakang umah aku menjerit..ishh..tak sedap hati laa plak..trus aku bangun dan jengah..meremang bulu roma den bila nampak ular sawa batik (kaler coklat, hitam, kelabu dll) besar lengan tengah belit sangkar anak kucing aku lebih kurang semeter dr pintu belakang umah..dlm keadaan tak ingat, aku berlari kejut b dgn mak bagitau ular tu tgh nak makan anak kucing..pastu baru teringat, baby dlm perut aku..sure dia pening..tetiba mama dia buat larian amal malam2..mak trus contact bomba dengan jiran umah belakang utk make sure ular tu belum lari lagi..nak bukak pintu takut masuk plak dlm umah..

4.00 am - 3 org bomba dlm sebuah van sampai..tu pun aku dah bebel2 sebab siankan anak kucing aku tu sure tgh menderita..tak sampai 10 minit, ular tu berjaya diberkas..anak kucing aku dalam keadaan stabil sebab ular tu gigit dia dr luar..ekornya dah hilang, tapi mungkin semangat hidupnya masih kuat, dia masih bertahan sampai sekarang..aku tak sanggup nak tgk..nati aku sedih..

5.00 am - baru aku boleh lelap mata..ngerinya sampai sekarang masih terasa..

actuallynya, ular tu penah dikesan setahun yang lalu..tapi bile kitaorg call bomba, ular tu berjaya melarikan diri..baru 3 minggu lepas, abah aku jumpa 2 ekor ular (dia dah bawak geng plak...mungkin anak dia)..patut laa kucing aku asyik pupus je..kira malam tu ular tu dah nekad nak makan gek anak kucing aku sebab dia dah lama tak kuar..aku penah baca yang ular boleh hidup tanpa makanan antara 6-12 bulan..apa2 pun semuanya dah selamat..tinggal seekor lagi untuk diberkas..

renung-renung kan lah

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..

raya 2008

emm..aku pun tergerak nak buat entry raya..tahun ni banyak benda berlaku di Bulan Syawal ni..minggu pertama, sibuk dengan kenduri kendara..bukan laa adik2 aku yang kawin..tapi akak sedara aku..sampai gak jodoh dia di umur 33 tahun..moga berbahagia ke akhir hayat..tahun ni puas gak aku ikut mak abah g beraya..mcm lepas gian je..

Di Bulan syawal ni juga aku baru kehilangan atuk (sebelah abah), satu2nya org tua yang masih tinggal..3 tahun atuk boleh dikategorikan 'hilang ingatan' lepas terlibat dalam kemalangan..masa mula2 arwah accident, aku baru pregnant yang first..disebabkan terkejut dengan berita dan kelam kabut nak ziarah arwah masa tu, aku keguguran..skang ni, bila bakal cicit terkini dia nak lihat dunia, dia menyahut seruan Ilahi..sejak makcik aku buat kenduri lagi, arwah atuk dah mula mogok taknak makan..sehingga ke akhir hayatnya, dia tak sentuh makanan langsung..tak dpt aku nak bayangkan keadaan dia..2-3 hari sebelum arwah meninggal, aku dgn abah kerap jengah dia..bila tgk keadaan dia, aku redha jika dia pergi..tak sanggup nak tengok keadaan dia macam tu..dalam setahun ni, kesihatan dia merosot teruk..dari seorang yang sihat, dia dah jadi nyanyuk..akhirnya, dia dengan tenang pergi meninggalkan kami warisnya, pada jam 4.45pm hari rabu (22/10/2008)..masa tu aku tgh meeting..bila nampak panggilan masuk dr abah, hati aku dah berdebar..mulanya aku redha dan boleh tahan sedih..bila saat aku bagi kucupan terakhir, airmata aku mmg tak dpt nak bendung lagi..banyak arwah buat utk aku masa hidupnya..terutama dr segi kewangan..belanja sekolah sampai laa ke universiti..sempat aku bagi belanja terakhir utk arwah..aku ckp dengan mak long, 'buat belanja atuk'..tak sangka lak belanja utk uruskan pengebumiannya..moga atuk tenang di sana..insyaAllah kami akan buat yang terbaik dan bekalkan doa agar atuk bahagia dan tenang di sana..Al-Fatihah..Amin

lepas urusan kebumi, petang tu aku dgn b bergegas ke KL untuk majlis konvokesyen b kat UTM KL jalan semarak..lepas setahun lebih berhempas pulas stadi, akhirnya b berjaya juga konvo..memula aku ingat dia amik course biasa2 je..tak sangka lak dia mmg betul2 nak belajar..maybe he is trying to show something to me and abah..b..i'm really proud of you..banyak yang dia dah buat untuk aku..kalau aku tak hargai, tak tau laa..hehehe..pasni kalau dia amik option nak stop service pun, aku dah tak risau..insyaAllah dengan Dip Exec Occupational Safety & Health yang dia ada, aku yakin dia boleh survive..aku akan tetap bagi sokongan kat dia..insyaAllah..moga2 allah permudahkan segala urusan kita..

itulah citer aku raya2 ni..ada suka..ada duka..sapalah kita untuk ramal apa yg akan berlaku masa depan..apa yang boleh kita lakukan, panjatkan doa agar sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah..

accident laa plak..

tak sangka lak bile niat baik aku nak teman mak soping renda dulang hantaran menjadi tragedi..Allah bagi balasan cash kat aku sebab tak baca yasin kot malam tadi..hehehe..kul 7.30 dah kuar umah pas maghrib sebab kedai tutup kul 8.00..tapi malang nasib kami, sampai area bandar penggaram* tu, semua kedai dah tutup..sampai kat simpang nak membelok ke kiri, aku perasan ada 1 keta tgh berenti..so aku sebagai pemandu berhemah ni pun, signal kiri dan bergerak dengan kelajuan yang amat perlahan dan beranggapan keta yg berhenti dan berada di sebelah kiri aku pun akan membelok ke kiri..tgh syok2 aku nak belok kiri, tetiba keta aku bergoyang..si mangkuk tadi rupanya langgar bumper keta aku..katanya dia nak terus..apa dia tak nampak ke aku signal tadi..

malas nak citer panjang, aku bayar je rm200..dia pakai keta honda city..tu pun pas mak aku dah panggil geng polis* dia..aku rasa cam tak cukup dia nak cat balik..alaa..bukan kemek pun..cuma calar je..aku pun konpius sapa yang salah..aku bayar je sebab malas nak buat urusan remeh g repot, insurans lagi..lagipun aku dah serik pas accident kat Melaka* dulu..nak kuar keta aku kena bayar, claim insurans aku walaupun bkn salah aku..keta aku dah jadi lempeng kat tgh2 pun aku gek yang disalahkan..ni semua kes ada org dlm laa tu..then NCB jadi 100% balik..buat rugi je kumpul NCB bertahun2..bile pikir2 balik, keta aku yang kena langgar, tapi aku lak yang bayar.. aku redha je la..anggap mcm zakat pendptn hujung tahun ni..mensucikan harta la kononnya..apa2 sabar je laa..

moral of the story..malam jumaat baca yasin dulu sebelum kuar umah..moga mendapat keberkatan..aminnn