Sebab Apa Anda Memilih Pasangan Anda

aku dpt mel dr seorang sahabat yang mengandungi soalan menarik utk difikir dan direnungkan.Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? jeng..jeng..jeng..

Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis :
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan
rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Manusia mmg susah nak puas dgn apa yang dia ada..tapi bila kita renung nasib org lain disekeliling kita, baru kita sedar, takde org yang 100% sempurna..oleh itu, bersyukur dgn apa yg kita ada..hargai, sayangi dan terimalah dia seadanya..itu akan membuatkan hidup kita lebih bahagia..

Assignment Dari Pn Nazliana

WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED? :
mcm tak plan..sebab selalu mengharap

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Damia Zahra

WHAT WERE YOUR REACTIONS?
mengigil dan nak nangis..sebab dah 4 tahun menunggu saat yg paling menakjubkan ni..

HOW OLD WERE YOU?
29

HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
baru lewat 3-4 hari kepala dah pening2..pastu salah makan je muntah..sgt obvious ekk

WHO DID YOU TELL FIRST?
of course b..

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
of course sebab sll argue samada boy ke girl dgn husband...first scan..doktor kata " 100% boy "..b pun senyum meleret

DUE DATE?
Aku ada 2 duedate, 26.11.2008 (due klinik kesihatan) & 5.12.2008 (due hospital putra)

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
sampai 5 bulan, apa saja yg masuk akan dikeluarkan semula..sgt alergik menggosok gigi..makan nasi pun kena pilih lauk..awal2 pregnancy byk makan buah2an je..

WHAT DID YOU CRAVE?
tak tau laa ngidam ke tak..g makan nasi kandar..tapi pastu apa yg masuk, semua dikeluarkan semula..mungkin nasi kandar tak ori dr penang kot..pastu nak makan yang pedas2 je..tak pedas, jangan harap nak sentuh..

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
takde..sentiasa bersangka baik..takut kenan..nasihat org tua2 jgn pandang ringan..

WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX?
of course...sebab suka tgk baju budak gugurl..comelsss

HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
+-8 kg ..sikit sgt..org tak perasan aku pregnant...diaorg kata aku gemukkssss je..

DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
takde laa..tu omputih je buat..

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
alhamdullillah....takde..cuma darah naik ada tinggi..biasa laa pembawakan..

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Putra Specialist Hospital Batu Pahat..

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
45 minit..ekspress kan...

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
myself..mcm serah diri jek..actually hari tu just dtg utk regular check up..tapi dr pg perut dah rasa tak enak..

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
3 doctor (doktor pakar bius, doktor pakar belah and kwn doktor belah) + 1 midwife + 3 nurse

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C-Section

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
emm..dah c-section, mmg laa kena bius..epidural kot..kat tulang belakang tu..dlm masa 5 minit tak rasa apa pun..mcm takde kaki..pastu rasa mcm ada org kesat2 kat perut..rupanya tgh belah..then senak semacam sebab dia bukak perut tu..amacam..ngeri tak??

HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
2.75kg

WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
18 November 2008..tak ikut due date langsung..

WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Adham Syahmi Bin Hasanuddin

paperwork..paperwork..paperwork...

emm..ntah bila laa paperwork ni nak siap..camna nak siap kalau aku msh lagi sempat berblog..hehehe..dah makan tahun dah..sejak aku masuk balik fakulti ni dah sibuk gaduh2 pasal paperwork program baru ni..dr aku yg tak tau apa2, sampai aku jd ketua task force (sebab org lama dah cabut sambung belajar) pun paperwork ni tak siap..tendang sana sini..peringkat U pun tak lepas, apa lagi peringkat KPT yang pasti lebih cerewet especially bab nak kuarkan bajet ni.,program baru confirm nak guna bajet banyak, infrastruktur lagi..aku pun tak tau laa bile nak siap..sampai dah takde hati nak buat..bile dah ikut format MQA, nati tahun depan tukar format lagi..tambah mak nenek segala mala..2-3 bulan bile kitaorg dah siap, ada lagi benda baru yang ditambah...emm..jelak betul..walau apa pun, aku ni makan gaji..kena laa redha..sabar je laa...

majlis aqiqah (6 feb 2009)

alhamdulillah, majlis aqiqah adham n alya berjalan lancar..agak penat bkn layan tetamu, tapi melayan anak bujang aku tu..terlebih ramah sangat..habis kenduri, esok harinya badannya dah panas..mana taknya, senyum memanjang..pantang diagah..terlebih makan minyak ikan kot masa mengandung dulu..apa2 pun, ada sedikit buah tangan untuk tatapan sahabat2..

alya..besnya tido

papa adham n ayah alya dah ready
adham dah boring laa mama..
papa..mama n adham
pas potong jambul, dua2 lena

majlis kesyukuran dan aqiqah


Assalamualaikum W.B.T

A.Hamid Bin Hj Amir & SM 59282 Rahimah Binti Hj Abd Manaf

Dengan penuh kesyukuran dan segala hormatnya mempersilakan Prof/Dr/Tn/Pn/En/Cik :

…………………………………………………………………………………………………………..
Ke Majlis Kesyukuran dan Aqiqah cucunda kami

Adham Syahmi Bin Hasanuddin & Alya Zayani Binti Masmunir

Pada hari
Jumaat 6 Februari 2009

Di kediaman kami yang beralamat
94 Jalan Pinang, Taman Soga,
83000 Batu Pahat Johor

Jam
11.00 am—4.00 pm

Semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis


Dengan penuh rasa syukur, aku ingin menjemput rakan2 blogger untuk hadir ke Majlis Aqiqah anak bujang aku hari jumaat 6/2/09 (bukan besday mak kurul ke?..hepi besday nurul..) semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis..