merangsang perkembangan minda ibu dan bayi

aku rasa terpanggil nak share dgn korang apa yg aku amalkan sepanjang tempoh kehamilan ni.tips dengan supplement yang aku amik ni di suggest oleh Dr Selvam, Pakar Obstetrik and Ginaekologi Hospital Putra Batu Pahat. aku start buat appointment dengan dia 25/1. after a month 25/2 baru result keluar. Both of us sihat excep.t my husband need some supplement (ubat herba). then doktor kata, tunggu 3 bulan, if pregnant then OK..of not dtg lagi untuk buat further treatment..dah mmg rezeki kitaorg, a month after that, aku positif pregnant. then bermula laa siri treatment dgn doktor kat situ..mmg close check..mana taknya every 2 weeks g spital scan baby and tgk perkembangan dia..yang sygnya aku tak mintak gambar scan tu..kalau tak, sure aku dah ada sepuluh keping gaknya..supplement yang dia suggestkan produk USANA- http://products.usana.com/en/products/my/essentials/what_essentials.shtml, Pristin (minyak ikan) and Prossium (milk calcium - sesuai untuk aku yang malas minum susu ni)..kandungan vitamin yang diperlukan mmg complete.. aku sgt2 suggestkan korang amik supplement ni..sebelum aku pregnant pun aku mmg makan dah supplement ni.minyak ikan ni mmg sgt sesuai untuk perkembangan otak baby.kalau nak amik produk lain, pun terpulang laa..tapi make sure minyak ikan tu ada "molecular distill"..minyak ikan tu lebih bersih..dia jugak baik bagi ibu yang masih menyusukan anak..sebab antara khasiat dia, dia boleh banyakkan susu badan and secara tak langsung transfer benefitnya pada anak yang disusukan. for more info ttg minyak ikan ni, boleh layari di (http://www.thcmy.com/index.php?option=content&task=view&id=31).

Pengambilan minyak ikan Omega 3. Ia adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat. Minyak ini juga komponen terpenting dalam pembentukan sistem saraf dan retina. Kekurangan satu atau kedua-duanya dikaitkan dengan kelahiran bayi pra matang atau bayi lahir dengan berat badan bawah paras normal. Minyak ikan juga penting untuk ibu. Pada peringkat ketiga kehamilan, ibu akan memindahkan kebanyakan simpanan DHA kepada janin, yang diperlukan untuk pembentukan sistem saraf dan otak bayi. Justeru keperluan kepada Omega 3 sangat penting kerana bayi hanya boleh mendapatkan khasiat ini melalui ibu. Kesihatan ibu boleh terancam jika tidak mendapatkan bekalan secukupnya. Kekurangan EPA dan DHA boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah tekanan darah tinggi (yang akan dihadapi pada waktu kehamilan saja). Ketika hamil juga ibu akan kehilangan tiga peratus jisim otaknya disebabkan kekurangan EPA dan DHA. Sesetengah saintis percaya keadaan ini membawa kepada masalah tekanan perasaan selepas bersalin seperti gila meroyan.

Pemakanan

a) Peringkat tiga bulan pertama kandungan - keutamaan hanya pada pengambilan asid folik sama ada menerusi sayur-sayuran atau dalam bentuk tablet. Pemakanan ibu pada peringkat ini untuk memastikan perkembangan organ janin yang sempurna. Pada peringkat ini pemakanan tambahan yang lain belum diperlukan.

b) Peringkat kedua dan ketiga kehamilan - pengambilan asid folik ditambah dengan pengambilan zat besi, B kompleks, dan omega 3.

(petikan dr : http://mypermatahati.com/blog/info-pendidikan/omega-3-rangsang-perkembangan-
minda-bayi.html)

IELTS FEVER !!

skang ni aku kat KL..nak g register exam IELTS bulan september nati..bersempena dgn bulan ramadhan, aku harapkan keberkatan Ramadhan akan melancarkan proses peperiksaan yang akan aku ambil..mahal betul fee dia skang ni..dulu2 aku dgr cuma RM300 je..ke aku yg salah dengar..hahaha...skang ni dah melonjak ke RM530..harap2 je skali terus lepas..takyah nak takut dengan neves sampai 3-4 kali..penat tu nak neves banyak2 kali..kalau niat kita baik, InsyaAllah Allah akan tolong kan..kan..kan..aku kalau bleh nak settelkan semuanya tahun ni..InsyaAllah tahun depan, komitmen aku pada keluarga akan semakin bertambah..ada tambahan org yg perlukan kasih sayang aku..kang aku yg kusut sendiri..org kata..manfaatkan masa lapang sebelum sempit..takper laa berkorban sket bln posa ni..hope anak mama paham..nanti kita boleh belajar speking, writing dengan reading sama2 ye sayang..skang ni aku tak kisah laa nak further stadi kat mana pun..kalau malas2 pikir, aku buat local je la..kalau boleh nak g cepat2..tak sanggup wei workload makin banyak..ramai geng2 berebut2 nak kuar..kalau aku tertinggal, tak ke semua keje diaorg nanti yang tinggal ni kena menanggung..kalau ada elaun keraian lebihan acceptable juga laa kan..apa boleh buat..zaman2 harga minyak naik ni, kita kena memikirkan pros and cons perbuatan kita..ye tak?? ok laa..aku menunggu b balik solat jumaat ni..pasni direct ke British Council..nak register..pastu g sopinggg..(mcm banyak no duit aku...huhuhh)..

first time nak cari british council, sampai sesat2 ke kedutaan AS..nasib laa pejabat dia tutup sebab ada public holiday..pastu aku g ke kedutaan British lak..padahal urusan education semuanya kat british council..bertentang dengan KLCC..takde laa susah sgt nak cari..aku pun dah lalu lalang situ ntah bape kali..sebelum ni takde urusan langsung, mmg laa x alert..anyway, urusan semuanya dah settle..doakan laa percubaan kali pertama ni berjaya..pas habis urusan, g jenjalan kat Time square, terserempak lak dengan pameran Flora Fest 2008..posing sket kat situ..ni gambar latest aku laa ni..buat sahabat2 yang merindui, tatap lah wajah hamba yang terkini..huhuu..

assignment dr puan faeizah

tetiba aku dpt assignment dr faei..disebabkan aku tgh free ni..aku layan laa permintaan dia ni

7 facts about me

  1. married..dah mausk 4 tahun
  2. muka serius gile..tapi bile kenal sure org kata.."aku ingat ko sombong"
  3. suka hepi2..kdg2 tak sedar apa yang aku cakap..kalau terasa hati tu..hampun maaf dipinta..
  4. self-motivated and like to motivate other person..supaya aku lebih termotivasi..kira mcm tunjuk bagus je la..
  5. nampak mcm strict dan tabah, tapi sebenarnya..Allah je yang tau..
  6. always positif eventhough sometime aku pun negatif thinkers juga..tapi aku taknak org sekeliling aku terpengaruh dgn emosi aku..so aku maintain cool..
  7. "ko ni selamba je..ikut suka ko je nak buat apa.."..itu org selalu cakap kat aku..

7 things that scare me
  1. of course mati sebelum sempat bertaubat dan minta maaf dengan semua org..
  2. kehilangan org yang aku syg dlm dunia ni..
  3. stuck bile buat phd..
  4. lupa diri..lupa agama..lupa keluarga..
  5. jadi anak tak kenang budi dan derhaka pada org tua..
  6. tgk citer seram..dulu aku suka gile..skang ni aku takut gile..ntah apa kena dgn aku.
  7. bile kapal terbang lalu atas bumbung umah aku..aku paling fobia..

7 random music
  1. apa2 pun aku layan...
  2. ...
  3. ...
  4. ..
  5. ..
  6. ..
  7. ..

7 things i say the most
  1. Ya Allah..Ya Tuhanku...
  2. pikir laa sendiri..(dah mcm nabil lak)
  3. sendiri mau ingat laa..
  4. kalau saya cakap...saya buat..(time nak gertak student di awal2 kelas..)
  5. b..i lap u..
  6. payehh..(ni aku pun tak tau maknanya..adik2 aku suka beno sebut perkataan ni)
  7. al-fatihah, 3 qul, ayat qursi, surah al-fil dan ayat pendinding..

7 things I treasure the most:
  1. being a Muslim
  2. mak, abah, adik2 dan suami ( mi familia)
  3. kwn2 aku dr tadika sampai laa keje ni
  4. keta aku
  5. umah aku
  6. gajet2 aku.
  7. harta benda aku yg lelain..

7 first time things I ever did
  1. Gi blind date dgn b..jumpa kat alor setar..aku bawak geng (ain, weed dengan mak lia).pastu g makan KFC..masa tu aku belanja..disebabkan itulah b terpikat..boleh gitu??
  2. first time jumpa dengan bakal mak mertua..tapi yg sedihnya di hospital sebab dia tak sihat..apa2 aku sempat kenal dgn dia sebelum dia meninggal 4 bulan kemudiaannya.. walaupun aku tak dpt nak sempurnakan hajat dia, aku janji akan jaga anak dia baik2.. insyaAllah..maafkan is mak..
  3. first time aku intebiu..semua aku jwb "saya tak tau"..dgn muka selamba gile..sebab aku pun tak harap dpt keje tu..aku cuma nak cari pengalaman je..second time aku intebiu..dah confident..lancar je goreng corner2 sket..trus dpt keje pas menganggur 2 minggu..panggilan intebiu pun dpt melalui TELEGRAM..mana ada org zmn skang intebiu org panggil pakai telegram..canggih kan kes aku..tu sebab aku tak tulis no tepon dlm resume..huhuhu..cam org penting lak aku rasa..
  4. first time aku pregnant, aku hepi sgt..tapi tu juga la first time aku gugur..aku down gile2 masa tu..dah la lagi sebulan nak hantar Independant Study (ala2...thesis master aku)..aku amik masa 4 bulan untuk recover dan kembali normal..skang ni aku tekad nak jaga baik2..aku taknak sejarah hitam berulang..wish me luck :)
  5. first time accident, aku naik basikal langgar keta tgh berenti parking tepi jalan..bile pikir2 balik, camna laa aku boleh langgar keta tu..terhijab lak mata aku masa tu..apa2 pun, kemalangan tu tak meninggalkan kecederaan teruk kepada aku..cuma cedera hati je..sebab abah dgn mak aku nampak aku terbang..huhu
  6. first time masuk spital, aku darjah 3..siap kena masuk air sebab aku demam lebih sebulan tak baik2..abah aku siap dah bagi derma kat anak yatim kelas adik aku soh doakan aku cepat sihat..rupa2nya aku nak kena campak..mlm2 aku lari wad sebab cari abah aku..hahaha..lawak gile bile ingat kisah tu..
  7. first time aku hilang org yang aku syg bile arwah nenek aku meninggal tahun 1990..itu laa saat sedih dlm hidup aku sebab aku dibesarkan dan rapat dengan nenek aku since mak abah aku keje..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org beriman..Amin..

kek nyum..nyum..


besday kek sponsored by abah for b, munir, lin and nur..happy besday to u..hepi besday to u..hepi besday to b, munir, lin and nur..happy besday to u..hoye..hoye..senang celebrate bundle ni..menjimatkan kos dan masa..hehehe

muhasabah diri

Tetiba aku rasa nak muhasabah diri aku...apa pencapaian aku yang membanggakan sepanjang 29 tahun 4 bulan aku hidup:

  1. Aku berjaya dpt master 2005 (uitm, shah alam).
  2. Aku dah kumpul harta (tempat untuk berteduh dan sedikit kawasan untuk bercucuk tanaman sawit).
  3. InsyaAllah akan tambah ahli keluarga setelah menanti selama hampir 5 tahun.
  4. Half way for my Phd.. (proposal dah settle..now seeking for supervisor..by the way, ielts blum settle..wish me luck this coming september)
  5. Aku dah pass PTK for first try..(mcm tak caya pun ada gak yg ni) - walaupun dah lulus setahun yang lpas, gaji aku masih takat itu juga..huhhhh..sabau je laa..
  6. Aku dipertemukan dgn suami yang sgt memahami dan menyayangi diri aku..bahagiaanyeee.. :)
  7. dan lain-lain lagi yang tidak disebutkan di sini..


"sesungguhnya org yang lebih baik dari semalam adalah org yang berjaya"..berjaya ke aku??so far, Alhamdulillah dgn nikmat yang Allah beri..semoga aku tergolong di dalam golongan org yang bersyukur..